Menara Kuala Lumpur

Dengan ketinggian 421 meter dari paras bumi, Menara Kuala Lumpur merupakan salah satu merana konkrit yang tertinggi di dunia dan menara komunikasi yang keempat tertinggi selepas Cn Tower di Kanada (553 meter), Ostankino Tower di Rusia (537 meter), Shanghai Tower di China (450 meter). Dibina untuk meningkatkan kualiti telekomunikasi dan penyiaran, Menara Kuala Lumpur kini merupakan mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur, Bandaraya taman bercahaya.

Maklumat Menara.

Terletak di puncak Bukitt Nenas, Menara Kuala Lumpur telah siap dibina pada Mei 1996 dan telah dibuka untuk kunjungan pelawat pada 23 Julai 1996. Pada satu Oktober 1996, menara ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia .

Sturtur asas menara terbahagi kepada 5 bahagian

  • Tapak asas - terdapat 3 tingkat parasa bawah tanah bagi keperluan keselamatan, stor dan kerja pembaikan.
  • Tingkat perlancongan - terletaknya pejabat pengurusan, kedai-kedai cenderahati Juga kawasan bagi pejalan kaki sepanjang 146 meter dengan pancutan air yang berkilau.
  • Tiang menara - tterdapat 22 tingkat, laluan 4 lif dan 2058 anak tangga
  • Kepala menara - terletaknya pelantar pemandangan, retoran berputar stesen telekomunikasi dan penyiaran.
  • Tiang antena - antena keluli di puncak menara digunakan untuk pemancaran gelombang telekokmunikasai dan penyiaran.

Keunikan senibina

Rekabentuk menara ini diilhamkan berasaskan warisan senibina tradisi islam iaitu "Muqarnas" yang dibawa khas dari Esfahan, Iran.Pembinaan Murqarnas ini dilakukan dengan melekatkan kaca pada dom-dom di ruang masuk dan ruang legar lif yang menggambarkan 7 lapisan langit dengan matahari di tengahnya. Rakabentuk ini juga menggambarkan perjalanan hidup manusia kearah kehiduppan yang sempurna.

Pemeliharaan alam sekitar.

Semasa pembinaan Menara Kuala Lumpur, perhatian yang khusus telah diberikan kepada kehijauan Bukit Nanas agar keseimbangan di antara pembangunan sertta perlindungan alam sekitar dikekalkan. Ciri penjagaan alam sekitar telah mengambil kira sebatang pokok jelutong (Dyera Costulata) berusia 100 tahun dimana dinding sementara telah dibina disekeliling pokok tersebut semasa pembinaan dengan kos sebanyak RM 430 000.00

 

Erra meniti puncak kejayaan
Kemana menghiilangnya A2Z
Aksi lasak Putra
Nicol david semakin bergaya
Hatta Turin mencipta nama di litar
Gaya lama yang masih anggun
Bila si kecil beraya
Seni bina indah dari Esfahan
Remaja cyber
Kawin muda seronok atau tanggungjawab?
 

About Us | Our Mission | Business Profile | Request Form

Copyright © 2001 Most Popular 1 All Rights Reserved. Read our privacy statement