|
|
|
Oleh Boboy.
MPO juga menerbitkan
satu halaman yang dikhususkan untuk membuat
beberapa liputan berkaitan dengan sukan
lasak yang pastinya turut digemari oleh
ramai peminatnya yang terdiri dari berbilang
bangsa dan keturunan tertutamanya remaja.
Pada isu kali ini, Boboy akan memperkenalkan
sejenis sukan lasak yang mula mendapat perhatian
ramai
|
|
terutamanya di kalangan remaja.
Boboy juga akan memperkenalkan salah seorang bintang
remaja yang sedang mencipta nama di arena sukan
ini untuk kita kongsi bersama pengalamannya. |
MOTORCROSS Motorcross merupakan
sejenis sukan lasak yang sememangnya sukar
untuk diceburi. Ini adalah kerana sukan
ini memerlukan seseorang yang benar-benar
berbakat di dalam mengendalikan jenis motorsikal
yang ditunggangi, ini adalah kerana sukan
motor ini biasanya menggunakan trek yang
tidak rata dan berbukit-bukit. Pada isu
SUKAN LASAK kali ini,
|
|
|
Boboy bertemu dengan beberapa remaja
yang mula berjinak-jinak dengan sukan ini. Salah
seorangnya merupakan bakat baru yang telah pun mula
dikenali di arena sukan ini mulai setahun yang lalu
setelah menjuarai beberapa sirkit kejohanan yang
dianjurkan tidak lama dulu. |
|
Pada halaman sukan lasak kali
ini, Boboy akan memperkenalkan anda seorang remaja
yang mula berkecimpung di dalam arena sukan ini
sejak berusia 13 tahun. PUTRA atau nama sebenarnya
Raja Omar Sarifuddin Shah merupakan seorang remaja
yang baru sahaja berusia 19 tahun, telah pun mula
menceburkan diri di arena sukan ini sejak hampir
4 tahun lalu. Setakat ini beliau telah menyertai
lebih dari 20 kejuaran di peringkat 'novice' dan
kini beliau
|
sedang giat membuat persiapan untuk
turun di beberapa kejuaran di seluruh negara selepas
hari raya nanti. PUTRA akan beraksi dengan khidmat
tajaan RANI MOTOR setelah kontraknya dengan LIVITA
tamat pada penghujung 1999 lalu. |
- BIODATA NAMA PENUH : Raja Omar
Sarifuddin
- NAMA SAMARAN : PUTRA
- TARIKH LAHIR : 19-03-1981
- TEMPAT LAHIR : Hospital Lama
Kelang UMUR : 19 tahun
- HOBI : Menunggang motorsikal,
memandu kereta
- PASUKAN : Rani Motors
- KENANGAN MANIS: Setiap kali
menang dalam pertandingan
- KENANGAN PAHIT : Dijahit 14
jahitan pada perut kerana kemalangan ketika
beraksi
- MUZIK KEGEMARAN : Yang rancak
- WARNA KEGEMARAN : Warna-warni
- MAKANAN KEGEMARAN : Janji HALAL
- MINUMAN KEGEMARAN : Janji
HALAL
- CITA-CITA : Ingin menyertai
pertandingan bertaraf dunia dan berjaya menjadi
juara. E-mail : PUTRACross@Yahoo.com
|
|
|
|
|
Remaja cyber |
Kawin muda seronok atau tanggungjawab? |
|