|
|
 |
Selebreti pilihan
Erra Fazira
Siapa tak kenal dengan Erra Fazira atau
nama sebenarnya Fazira Wan Chik. Sebut sahaja
nama Erra tentulah terbayang filem "Sembilu"
yang meletup-letup dipanggung seketika dulu.
Bukan itu saja, selain berlakun, Erra Fazira
juga merupakan seorang penyanyi yang boleh
dikatakan berjaya, malahan Erra juga merupakan
seorang model yang pernah menyandang gelaran
Ratu Cantik Malaysia/Dunia pada tahun 1992.
Kisah cintanya pernah terputus ditengah jalan tapi apa nak buat, jodoh tak ada, takkan nak melatah
pulak … betul tak, kengkawan?
|
|
Yang bestnya Erra Fazira ni memang
seorang yang tenang dan tak mudah melatah dengan
pelbagai gossip yang dating sehingga kadang-kadang
menimbulkan spekulasi yang pelbagai dari masyarakat
umumnya. Sekali lagi, Erra tak dapat berbuat apa-apa
kerana ini adalah lumrah menjadi "Bintang" terkenal.
Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada golongan
artis, malahan berlaku dalam kehidupan harian
insane lain, sabar ajela…
Semoga dengan kesabran yang tersemat
di hati, dapatlah hendaknya Erra meneruskan perjalanan
hidup yang sementara ini dengan tenang dan penuh
kesyukuran kerana di sebalik rahsia kejadian tuhan
tentulah ada hikmat disebaliknya.
|
Kali ini, kita
akan berkenalan dengan Erra dengan lebih dekat
lagi itu pun kalau kawan-kawan masih belum tahu
latar belakang jelitawan kita sorang ni..
-
Nama penuh
Fazira Wan Chek
-
Nama glamour
Erra Fazira
-
Tarikh lahir
9 Feb 1974 ( muda lagi ) Adik beradik Sulong
dari dua adik beradik
-
Kerjaya Peragawati,
pelakon & penyanyi
-
Filem Sembilu
1& 2, Maria Mariana 1& 2, Gemilang, Pasrah,
Tragedi Oktober.
-
Kegemaran
Memandu, Membaca Masakan Masak lemak cili
api ( amboi boleh tahan kau ni.. )
-
Kejayaan
-
Ratu
cantik Malaysia/ Dunia 1992, penghibur tv
terbaik HMI 1998
-
Alamat
surat menyurat
Sony
Music Entertainment Malaysia
C16-C17,
Jalan Ampang Utama 1/1 Taman
Ampang Utama, Off jalan Ampang
68000 Ampang Selangor
|
Ha… begitula serba sedikit
berkenaan dengan Cik Erra Fazira kita ni,
lain kali kita akan cuba interview dia pulak.
Pesanan buat Erra, semoga berjaya dengan
apa yang Erra lakukan, kawan-kawan doakan
sahaja… nanti kalau dah ketemu jodoh, jangan
lupa jemput kita pulak, kampung kita bukannya
jauh sangat…..
|
|
|
|
|
|
Remaja cyber |
Kawin muda seronok atau tanggungjawab? |
|