KEMANA HILANGNYA A TO Z KELOLAAN :BOBOY

A TO Z, bukan satu nama baru dalam industri muzik. Sebut saja nama A TO Z, tentu kita terbayang wajah 3 orang anak muda yang menyanyikan lagu-lagu berunsur dialek seperti Itek Gembo-gembo, Berdendang, Bang Boom Bang dan lain-lain lagi. Satu-satu kumpulan muzik yang mempunyai visi

untuk memperkenal dan mendaulatkan bahasa ibunda kita (Melayu) untuk dikenali oleh rakyat kita sendiri. Syabas A TO Z!!!! Tetapi, sejak akhir-akhir ini nama A TO Z tidak seperti tahun-tahun lalu. Apakah mereka sudah kehilangan 'populariti' atau pun mungkin ada masalah tersendiri? Baru-baru ini, Boboy ada menghubungi salah seorang anggota A TO Z, iaitu Lann. Beberapa soalan telah Boboy ajukan buat tatapan semua. Kita ikuti perbualan Boboy dengan Lann …..

Kemana hilangnya A TO Z, kenapa sunyi sepi?

A TO Z ada lagi cuma malaslah nak pamerkan muka banyak-banyak kat majalah kalau tak ada bahan nak diceritakan. Nanti orang kata kita ni Artis Majalah pulak ……..

Mungkinkah A TO Z ada masalah? Komen sikit !

 

Sesiapa pun ada masalah, negara pun ada masalah, biasalah tu …… Orang seni macam kami ni, masalahnya ialah industri muzik la….. tak taulah apa nak jadi …….. sini cetak rompak, sana cetak rompak, sini artis Barat, sana artis Bollywood, yang artis kita ni jadi apa?

 

Siapa perlu dituding untuk menyelesaikan masalah-masalah di atas?

'Siapa makan cili dia terasa pedas', tak perlu saya salahkan sesiapa ……. Pihak-pihak media massa, teruskanlah sokongan anda membantu pemuzik-pemuzik tanahair, bukan luar! Yang kat luar tu memang dah popular, you all tak tolong pun diorang tetap akan popular, lagi pun teknologi internet kan dah ada, tak perlu nak tambah itu dan ini lagi …… Saya yakin tentu ada pemuzik kita yang mampu bersaing dengan pemuzik-pemuzik dari luar sekiranya diberi peluang dan dorongan.

Sekiranya anda diberi kuasa untuk menghapuskan masalah-masalah di atas, apa anda lakukan?

Buat apa lagi, lawanlah sampai ke akar umbi, gubal undang-undang dan pastikan 'penjenayah' menerimabalasan yang setimpal, ini kan masalah negara juga …… Jejaki mereka hingga ke lubang cacing, seperti pihak berkuasa menjejaki

'mesin slot' dan operasi 'saman tak bayar'. Cetak rompak lagi berat, bayangkan rumah-rumah anda dimasuki perompak ….. tanaman-tanaman anda dicuri, anda nak makan apa?

Soalan lain pulak, dengar cerita you nak dapat anak lagi seorang …..

Ya, betullah tu …… itu yang marah sangat pada'penjenayah-penjenayah' tu. Saya perlu membesarkan anak-anak dengan tittik peluh saya sendiri dan bukan meminta-minta. Saya impikan keluarga yang bahagia dengan keadaan ekonomi yang stabil.

Baiklah Lann, soalan terakhir saya, apakah anda berputus-asa dengan keadaan yang berlaku hari ini?

Manusia yang paling Tuhan tak suka ialah mereka yang suka putus-asa, selagi ada hayat saya tidak akan berputus-asa, banyak lagi perancangan yang akan saya lakukan menjelang 2001 seperti

album baru A TO Z, album solo dan banyak lagi lah …… cuma masa belum mengizinkan. Tunggu ajelah!! Okaylah Lann, nanti Boboy call lagi ….. Okay, thanks ….

Itulah perbualan Boboy dan Lann dalam ruangan 'Release Tension' kali ini, sekiranya anda ada isu-isu menarik yang hendak dikemukakan, sila e-mail kan ke alamat :- Boboy@Hotmail.com

 

Erra meniti puncak kejayaan
Kemana menghiilangnya A2Z
Aksi lasak Putra
Nicol david semakin bergaya
Hatta Turin mencipta nama di litar
Gaya lama yang masih anggun
Bila si kecil beraya
Seni bina indah dari Esfahan
Remaja cyber
Kawin muda seronok atau tanggungjawab?
 

About Us | Our Mission | Business Profile | Request Form

Copyright © 2001 Most Popular 1 All Rights Reserved. Read our privacy statement