|
|
KEMANA HILANGNYA A TO
Z KELOLAAN :BOBOY
A TO Z, bukan satu nama
baru dalam industri muzik. Sebut saja nama
A TO Z, tentu kita terbayang wajah 3 orang
anak muda yang menyanyikan lagu-lagu berunsur
dialek seperti Itek Gembo-gembo, Berdendang,
Bang Boom Bang dan lain-lain lagi. Satu-satu
kumpulan muzik yang mempunyai visi
|
|
|
untuk memperkenal dan mendaulatkan
bahasa ibunda kita (Melayu) untuk dikenali
oleh rakyat kita sendiri. Syabas A TO Z!!!!
Tetapi, sejak akhir-akhir ini nama A TO Z
tidak seperti tahun-tahun lalu. Apakah mereka
sudah kehilangan 'populariti' atau pun mungkin
ada masalah tersendiri? Baru-baru ini, Boboy
ada menghubungi salah seorang anggota A TO
Z, iaitu Lann. Beberapa soalan telah Boboy
ajukan buat tatapan semua. Kita ikuti perbualan
Boboy dengan Lann
.. |
|
 |
Kemana hilangnya A TO
Z, kenapa sunyi sepi?
A TO Z ada lagi cuma malaslah
nak pamerkan muka banyak-banyak kat majalah
kalau tak ada bahan nak diceritakan. Nanti
orang kata kita ni Artis Majalah pulak
..
|
|
Mungkinkah A TO Z ada
masalah? Komen sikit !
Sesiapa
pun ada masalah, negara pun ada masalah,
biasalah tu
Orang seni macam kami ni,
masalahnya ialah industri muzik la
.. tak
taulah apa nak jadi
.. sini cetak rompak,
sana cetak rompak, sini artis Barat, sana
artis Bollywood, yang artis kita ni jadi
apa?
Siapa perlu dituding untuk
menyelesaikan masalah-masalah di atas?
'Siapa makan cili dia terasa
pedas', tak perlu saya salahkan sesiapa
. Pihak-pihak media massa, teruskanlah
sokongan anda membantu pemuzik-pemuzik tanahair,
bukan luar! Yang kat luar tu memang dah
popular, you all tak tolong pun diorang
tetap akan popular, lagi pun teknologi internet
kan dah ada, tak perlu nak tambah itu dan
ini lagi
Saya yakin tentu ada pemuzik
kita yang mampu bersaing dengan pemuzik-pemuzik
dari luar sekiranya diberi peluang dan dorongan.
|
|
|
Sekiranya
anda diberi kuasa untuk menghapuskan masalah-masalah
di atas, apa anda lakukan?
Buat apa lagi,
lawanlah sampai ke akar umbi, gubal undang-undang
dan pastikan 'penjenayah' menerimabalasan
yang setimpal, ini kan masalah negara juga
Jejaki mereka hingga ke lubang cacing,
seperti pihak berkuasa menjejaki
|
|
'mesin slot' dan operasi 'saman
tak bayar'. Cetak rompak lagi berat, bayangkan
rumah-rumah anda dimasuki perompak
.. tanaman-tanaman
anda dicuri, anda nak makan apa?
Soalan lain pulak, dengar cerita
you nak dapat anak lagi seorang
..
Ya, betullah tu
itu yang marah
sangat pada'penjenayah-penjenayah' tu. Saya perlu
membesarkan anak-anak dengan tittik peluh saya
sendiri dan bukan meminta-minta. Saya impikan
keluarga yang bahagia dengan keadaan ekonomi yang
stabil.
|
|
Baiklah Lann, soalan
terakhir saya, apakah anda berputus-asa
dengan keadaan yang berlaku hari ini?
Manusia yang paling Tuhan
tak suka ialah mereka yang suka putus-asa,
selagi ada hayat saya tidak akan berputus-asa,
banyak lagi perancangan yang akan saya lakukan
menjelang 2001 seperti
|
|
album baru A TO Z, album solo
dan banyak lagi lah
cuma masa belum mengizinkan.
Tunggu ajelah!! Okaylah Lann, nanti Boboy call
lagi
.. Okay, thanks
.
Itulah perbualan Boboy dan Lann
dalam ruangan 'Release Tension' kali ini, sekiranya
anda ada isu-isu menarik yang hendak dikemukakan,
sila e-mail kan ke alamat :- Boboy@Hotmail.com
|
|
|
|
|
Remaja cyber |
Kawin muda seronok atau tanggungjawab? |
|