Oleh Boboy.

MPO juga menerbitkan satu halaman yang dikhususkan untuk membuat beberapa liputan berkaitan dengan sukan lasak yang pastinya turut digemari oleh ramai peminatnya yang terdiri dari berbilang bangsa dan keturunan tertutamanya remaja. Pada isu kali ini, Boboy akan memperkenalkan sejenis sukan lasak yang mula mendapat perhatian ramai

terutamanya di kalangan remaja. Boboy juga akan memperkenalkan salah seorang bintang remaja yang sedang mencipta nama di arena sukan ini untuk kita kongsi bersama pengalamannya.

 

MOTORCROSS Motorcross merupakan sejenis sukan lasak yang sememangnya sukar untuk diceburi. Ini adalah kerana sukan ini memerlukan seseorang yang benar-benar berbakat di dalam mengendalikan jenis motorsikal yang ditunggangi, ini adalah kerana sukan motor ini biasanya menggunakan trek yang tidak rata dan berbukit-bukit. Pada isu SUKAN LASAK kali ini,

 

Boboy bertemu dengan beberapa remaja yang mula berjinak-jinak dengan sukan ini. Salah seorangnya merupakan bakat baru yang telah pun mula dikenali di arena sukan ini mulai setahun yang lalu setelah menjuarai beberapa sirkit kejohanan yang dianjurkan tidak lama dulu.

 

 

Pada halaman sukan lasak kali ini, Boboy akan memperkenalkan anda seorang remaja yang mula berkecimpung di dalam arena sukan ini sejak berusia 13 tahun. PUTRA atau nama sebenarnya Raja Omar Sarifuddin Shah merupakan seorang remaja yang baru sahaja berusia 19 tahun, telah pun mula menceburkan diri di arena sukan ini sejak hampir 4 tahun lalu. Setakat ini beliau telah menyertai lebih dari 20 kejuaran di peringkat 'novice' dan kini beliau

sedang giat membuat persiapan untuk turun di beberapa kejuaran di seluruh negara selepas hari raya nanti. PUTRA akan beraksi dengan khidmat tajaan RANI MOTOR setelah kontraknya dengan LIVITA tamat pada penghujung 1999 lalu.
  • BIODATA NAMA PENUH : Raja Omar Sarifuddin
  • NAMA SAMARAN : PUTRA
  • TARIKH LAHIR : 19-03-1981
  • TEMPAT LAHIR : Hospital Lama Kelang UMUR : 19 tahun
  • HOBI : Menunggang motorsikal, memandu kereta
  • PASUKAN : Rani Motors
  • KENANGAN MANIS: Setiap kali menang dalam pertandingan
  • KENANGAN PAHIT : Dijahit 14 jahitan pada perut kerana kemalangan ketika beraksi
  • MUZIK KEGEMARAN : Yang rancak
  • WARNA KEGEMARAN : Warna-warni
  • MAKANAN KEGEMARAN : Janji HALAL
  • MINUMAN KEGEMARAN : Janji HALAL
  • CITA-CITA : Ingin menyertai pertandingan bertaraf dunia dan berjaya menjadi juara. E-mail : PUTRACross@Yahoo.com
Erra meniti puncak kejayaan
Kemana menghiilangnya A2Z
Aksi lasak Putra
Nicol david semakin bergaya
Hatta Turin mencipta nama di litar
Gaya lama yang masih anggun
Bila si kecil beraya
Seni bina indah dari Esfahan
Remaja cyber
Kawin muda seronok atau tanggungjawab?
 

About Us | Our Mission | Business Profile | Request Form

Copyright © 2001 Most Popular 1 All Rights Reserved. Read our privacy statement