Kejayan cemerlang dan ganjaran yang lumayan merupakan dua elemen utama yang berkait dalam dunia sukan. Untuk itu, tidak hairanlah jika ramai atlet yang bermati-mati untuk mencapai kedua-dua elemen tersebut.

Sukan tempattan juga turut dilanda fenomena yang sama, sudah ramai atlet yang cemerlang, hidup senang atau sekurang-kurangnya menerima durian runtuh di atas kejayaan yang mereka perolehi. Sehingga kini, antara atlet negara yang boleh

dikatakan benar-benar berjaya dan namanya gah dipersada antara bangsa ialah puteri squash negara Nicol Ann David. Gelaran Juara Ramaja Asia dan Juara sukan Asia 1998 adalah dalam koleksi kejuaraan yang diperolehinya. Gelaran Olahragawati Kebangsaan 99 yang diperolehi pada tahun ini juga memberi pengiktirafan atas kecemerlangan Nicol.

 

Populariti Nicol sebagai atlet cemerlang mengundang banyak pihak untuk menjadi penaja . Jam berjenama terkemuka, Swatch adalah syarikat yang bersungguh-sungguh menunjukkan minat untuk menaja Nicol. Begitulah kalau sudah popular.. dalam pada itu, mungkin ramai yang ingin tahu bagaimana perasaan remaja seperti Nicol yang popular dalam usia muda. "Memanglah seronok apabila dapat menjadi role model remaja lain. Saya genbira apabila mendapat tahu, rata-rata peminat saya terdiri daripada mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan diri saya.

Bergaya Umpama

Model Melihatkan pose Nicol pembaca tentu dapat menilai betapa gadis manis ini sememangnya pandai bergaya. Lantaran itu tidak hairanlah jika Swatch tidak ragu-ragu memilih Nicol sebagai model jam tangan keluarannya. "saya hanya memberi kerjasama dan mengikut arahan penaja. Sebenarnya saya lebih berminat dalam senireka seperti grafik". Begitulah tegasnya apabila ditanya mungkinkah Nicol ingin menjadi model?

Sementara itu, kepada peminat yang ingin menghubungi Nicol boleh e-mail kepada nicol_ad@hotmail.com

Erra meniti puncak kejayaan
Kemana menghiilangnya A2Z
Aksi lasak Putra
Nicol david semakin bergaya
Hatta Turin mencipta nama di litar
Gaya lama yang masih anggun
Bila si kecil beraya
Seni bina indah dari Esfahan
Remaja cyber
Kawin muda seronok atau tanggungjawab?
 

About Us | Our Mission | Business Profile | Request Form

Copyright © 2001 Most Popular 1 All Rights Reserved. Read our privacy statement