Berbekalkan persiapan rapi sejak awal tahun, Hatta memecut deras di litar cub-prix di Bandaraya Melaka. seterusnya beliau mencatat kemenangan bergaya sekali gus membuatkan pengurusnya Ng Cheng tersenyum lebar. Mengulas kemenangan tersebut Hattaberkata kemenangan tersebut dijadikan azimat untuk terus memburu kemenangan dalam perlumbaan seterusnya. Apa yang pasti, dia mahu menambahkan lagi koleksi gelaran juara selepas memahat nama selaku juara keseluruhan kelas "novice" pada kejohanan Cub Prix Suzuki, tahun lalu.

Untuk itu, Hatta giat menjalani latihan bagi memperbaiki skill tunggangnya. Sementara itu selain handal di litar lumba, tidak ramai yang tahu Hatta juga mahir dalam kerja-kerja mekanikal motorsikal. ' Sebagai pelumba, tentulah ada kelebihannya apabila kita mempunyai pengetahuan

mengenai enjin motor, bukan apa apabila setting motorsikal menghadapi masaalah, saya tahu apa silapnya.

'

Ia tentu saja dapat memudahkan mekanik pasukan saya untutk mengbah setting supaya motor dalam keadaan yang baik dan sempurna. Menceritakan penglibatan awalnya dalam kerja-kerja membaiki motor, jelas Hatta, dia mula belajar tentang enjin ketika berusia 14 tahun.

'Berbekalkan kemahiran yang saya pelajari daripada kawan-kawan, saya bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel motor di Johor Bahru. Kemudian membuka perniagaan sendiri di bandar Pasir Gudang. 'Dan apabila saya dapat tajaan sebagai pelumba Cub Prix daripada T Trak Suzuki, saya bekerja pula di bengkel Peak Performance Motor di pandan Indah Kuala Lumpur.
Inspirasi. Dalam usia 26 tahun, Hatta adalah antara pelumba yang semakin menyerlah dalam sukan motor tempatan. Rupa-rupanya Hataaa adalah anak murid kepada Raja Cub Chai iaitu Wazi Abdul Hamid. Hattta dan Wazi bernaung di bawah satu pasukan, iaitu Suzuki, cuma mereka beraksi dalam ketegori yang berlainan iaitu 'novice' dan 'expert'. Bermula sebagai pelumba persorangan dan kemudian diserapkan ke pasukan T Trak Suzuki setelah bakatnya dikesan oleh pengurusnya Cheng Wah. Bersama pasukan tersebut dia telah mencatat kejayaan yang cemerlang sejak penglibatan beliau dalam perlumbaan motorsikal.
Erra meniti puncak kejayaan
Kemana menghiilangnya A2Z
Aksi lasak Putra
Nicol david semakin bergaya
Hatta Turin mencipta nama di litar
Gaya lama yang masih anggun
Bila si kecil beraya
Seni bina indah dari Esfahan
Remaja cyber
Kawin muda seronok atau tanggungjawab?
 

About Us | Our Mission | Business Profile | Request Form

Copyright © 2001 Most Popular 1 All Rights Reserved. Read our privacy statement